Saturday, November 19, 2011
Tuesday, November 8, 2011
Monday, October 31, 2011
MAJLIS GRADUASI PRA-U 2011

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia....
Majlis Gradusai buat pelajar Pra-U 2011 telah pun dilaksanakan dengan jayanya.....Memang agak memenatkan sepanjang mengurus majlis tersebut.. dan hasilnya amat menggembirakan dan membanggakan team Ting 6 SMK Majakir.. Syabas dan tahniah kpd rakan seperjuangan selaku AJK yang telah menjalankan tugas masing-masing dgn jayanya. Juga kpd bro Salleh yang tidak mengenal erti penat mengurus pelaksanaan majlis tersebut yang akhirnya dapat dilaksanakan dgn jayanya.
InsyaAllah...tahun hadapan akan dibuat lagi dengan jayanya....
MAJLIS GRADUASI PRA-U KALI KE-3 / 2011
BERINGGIS HALL
BERINGGIS BEACH RESORT
30 OKT 2011 / AHAD
Sunday, October 23, 2011
SOALAN EXCEL 1(2012) SEJARAH K1 6 BAWAH 2011
Bahagian A
1. Huraikan ciri-ciri bandar dalam kerajaan Rome sebelum abad ke-6 .
2. Organisasi sosial merupakan salah satu ciri sebuah masyarakat bertamadun. Bandingkan
sistem organisasi sosial tamadun Mesopotamia dengan tamadun Mesir.
3. Bincangkan sistem pemerintahan beraja di Alam Melayu.
4. Bincangkan pemerintahan republik yang lahir di Eropah dengan merujuk konsep negara kota,
empayar dan negara bangsa.
5. Jelaskan sumbangan Asoka dalam mencipta keagungan Empayar Maurya di India.
6. Jelaskan konsep ketahanan dan pertahanan. Bincangkan cara-cara yang digunakan kerajaan-
kerajaan tamadun awal untuk mengukuhkan ketahanan dan pertahanan.
7. Niccolo Machiavelli merupakan tokoh pemikir ketenteraan yang telah banyak menyumbang
kepada taktik dan strategi dalam ketahanan dan pertahanan di Eropah. Huraikan pernyataan
tersebut.
8. Bandingkan sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi Islam yang diamalkan di Barat.
Bahagian B
9. Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah dengan masyarakat Islam pada
zaman Nabi Muhammad SAW di Semenanjung Tanah Arab.
10. Berikan definisi ummah seperti mana yang dinyatakan dalam Piagam Madinah serta
huraikan sejarah pembentukan ummah.
11. Bincangkan institusi khalifah sebagai satu sistem pemerintahan yang disyorkan oleh Islam.
12. Huraikan etika peperangan dalam Islam dan strategi peperangan yang diamalkan oleh Nabi
Muhammad SAW dalam menghadapi peperangan...

Saturday, October 22, 2011
Excel 1 : 6 Bawah 2012
Excel 1 sudah berlalu...ramai pelajar merungut apabila melihat dan menjawab soalan Sejarah K1... Satu perkataan sj yg keluar dr mulut pelajar bila ditanya ..iaitu ' susah"....
Tidak menghairankan bila pelajar mengatakan soalan susah.....walaupun hakikatnya soalan yang dikeluarkan senang dan mudah utk dijawab. Soalan Sejarah K1 mengandung 2 soalan dr tema 1, 2 soalan dr tema 2 dan 1 soalan dr tema 3.... apa yang susah..pelajar sudahpun diajar tema berkenaan.....Pelajar hanya perlu menjwb 4 soalan sj dr 12 soalan yang dikeluarkan....
Diharap , pelajar akan lebih bersedia dan fokus semasa belajar dan sebelum peperiksaan.....
Buat nota ringkas tema yg dipilih semasa cuti panjang sebagai persediaan tahun hadapan....semoga pelajar akan dapat memperbaiki prestasi masing2 pada tahun hadapan.....buykan sj subjek sejarah tetapi juga subjek yg lain...
;-).......

Saturday, October 15, 2011
Saturday, October 8, 2011
KOLOKIUM PRA-U 2011
Alhamdulillah...Majlis Kolokium Pra-U telah pun selesai dan berjalan lancar....
Tahniah kepada yang menang...Kepada yang tidak berjaya mendapat tempat Naib Johan dan Johan jgn putus asa anda telah mencuba yang terbaik. Jadikan ianya sebagai pengalaman yang sangat berharga...pahit, manis dan indah.....
Kolokium telah berlangsung pada : 03 & 04 Okt 2011 .
Kumpulan Pembentang : 14 kumpulan (3 dalam BI dan 11 dalam BM)
Tempat : Kelas 6A2/ Bilik Gerakan dan Pusat Sumber
Perasmi : Tn Hj Abd Aziz Bin Mohammed Zain ( Pengetua Cemerlang SMKM)
Juga syabas dan tahniah kepada guru-guru pembimbing, terima kasik kepada panel penilai juga penyelaras Kolokium 2011....InsyaAllah thn hadapan kita akan berjuang lagi....
Terima kasih daun keladi..
Buat pelajar Pra-U 6 Bawah..sila bersedia dgn cdng tajuk.....selepas EXCEL 1, pembahagian kumpulan akan dibuat....

Sunday, June 12, 2011
CIRI-CIRI MASYARAKAT PRASEJARAH
Paleolitik Awal
Tempat tinggal : Tinggal dalam gua secara nomad dalam kumpulan kecil. Sebab - menahan kesejukan di luar dan gangguan binatang buas.
Kegiatan ekonomi : memburu binatang, memungut hasil hutan dan menangkap ikan.
Alatan / Kemahiran : Alat dr batu yang ditajamkan sebahagian untuk tujuan memotong. Alat batu juga kasar buatannya . Digunakan sebagai senjata dan barang perhiasan. Cth alat : fist hatchet atau kapak tangan yg berfungsi sbg gergaji, pisau dan kapak. Juga menggunakan kaedah merepih batu. Juga menggunakan scrapper dan panah. Mempunyai kemahiran komunikasi dan menurunkan ilmu pengetahuan secara turun temurun.
Kesenian : Terdapat lukisan dan ukiran iaitu melukis pergerakan objek, mural dr binatang yg berlari, melompat, meragut, mengunyah makanan, melukis garis tambahan utk menunjukkan bahagian anggota bdn binatang yg bergerak.
Kepercayaan : Animisme - percaya kpd roh dan benda ghaib yang membawa kpd malapetaka dan kebaikan. Amalan ritual - upacara pengebumian.
Paleolitik Akhir
Tempat tinggal : Tinggal dalam gua dalam kelompok kecil secara nomad. Struktur lebih teratur.Bukti - penemuan tulang binatang di Salutre menunjukkan mereka memburu dalam kumpulan dan hasil dikongsi bersama.
Kegiatan ekonomi : memburu, menangkap ikan, memungut hasil hutan dan bercucuk tanam.
Alat dan Kemahiran : Peralatan batu yg lebih bermutu dan lebih halus. Dibuat dr tulang , tanduk dan gading binatang. Alat lebih komplikated iaitu jarum yg dibuat dr tulang ikan, tempuling, lembing dan ank panah. Pakaian dr kulit binatang. Perhiasan - subang dan rantai ( gigi binatang dan cengkerang). Masyarakat ini tahu memasak : bukti - di Salutre Perancis terdapat timbunan tulang dr 100000 binatang dijumpai dan terdapat kesan pembakaran pada tulang. Tahu mengira - rantai dibuat dr gigi rusa disusun horizontal dgn alat tajam sbg rekod mengenai jumlah binatang dibunuh semasa pemburuan.
Kepercayaan : percaya terhadap kuasa ghaib, upacara ritual diamalkan semasa mengebumikan mayat. Memberi penghormatan pd simati dgn melukis dan mewarnakan mayat, meletakkan kedua tgn di atas dada dan menyertakan barang2 berharga sprt subang, rantai dan alat lain sprt senjata. Lukisan terdapat dalam gua merupakan imej binatang rusa, gajah, bison yg ditembusi anak panah ataupun lembing.
Kesenian : Lukisan dan ukiran.
Mesolitik
Tempat tinggal : tinggal menetap dalam kumpulan besar dan muncul kampung. Tetapi masih terdapat yang hidup secara nomad.
Kegiatan ekonomi : memburu binatang, menangkap ikan , memungut hasil hutan dan bercucuk tanam.
Alat dan Kemahiran : Alat batu halus buatannya. Cth : harpoon dan mata kail utk menangkap ikan. Juga terdapat tembikar sprt periuk dan belanga. Kemahiran - melukis dan mengukir pada dinding gua.
Kepercayaan : terdapat upacara ritual semasa pengebumian.
Neolitik
Petempatan : masyarakat mula menetap di kampung berdekatan sungai. Petempatan tertua ialah Jarmo , Utara Iraq dan mempunyai 150 orang tinggal dalam rumah yg dibina dr tanah liat. Catal Huyuk di selatan Turki juga meprupakan petempatan masyarakat Neolitik Rumah dibuat dr tanah liat, kayu dan batu. Antara ciri petempatan Neolitik ialah 1. rumah dibina dr tanah liat. 2. menjalankan pertanian & penternakan. 3. tradisi penggunaan tembikar. 4. rumah ibadat didirikan.
Kegiatan ekonomi : Pertanian dan penternakan disamping menangkap ikan. Aktiviti pertanian bermula di Asia Barat ( Jarmo, Jerico & Hecilar) Tanaman yg ditanam ialah gandum, barli , millet dan kacang. Penternakan - menternak binatang sprt kambing, biri-biri dan khinzir.
Pengeluaran hasil pertanian berlebihan menyebabkan berlaku pengkhususan pekerjaan. Lahir gol petani, artisan dan tukang mahir. Dan melahirkan masyarakat yg mempunyai struktur sosial yg kompleks. Perdagangan juga dijalankan secara barter.
Peralatan / Kemahiran : mencipta tenggala utk membajak sawah . Penggunaan binatang besar2an sprt kerbau dan kuda. Penemuan roda menyebabkan kereta kuda dan lembu digunakan utk mengengkut hasil pertanian. Terusan dan tali air digunakan utk mengairi kawasan pertanian. Penemuan rakit dan perahu yg menyebabkan migrasi.
Institusi sosial : Kemunculan institusi keluargayang mewujudkan organisasi sosial. Bermula keluarga dan ketua kampung. Perkahwinan - monogami dan poligami. Institusi politik terhasil dr kemajuan pertanian. Sistem pentadbiran menjd sistematik apabila ketua dilantik mengarahkan kerja pembinaan dan penyelenggaraan terusan. Akhirnya memunculkan pemerintahan dan pentadbiran yang berperanan menyelesaikan hak masyarakat, menjamin pengagihan kekayaan, menjalankan penaklukan dan mempertahankan negara.
Kepercayaan : Animisme - percaya kpd kuasa luar biasa yg dianggap suci. Masyarakat Neo mempunyai semangat atau Tuhan yang mengawal alam semesta. melakukan pemujaan utk mententeramkan semangat unsur alam bg mengelakkan sebarang bencana alam yg memusnahkan hasil pertanian. Juga mengamalkan upacara ritual dan korbanbg meningkatkan kesuburan tanamn. Cth masyarakat Red Indian menarikan tarian ritual utk menjamin bekalan makanan mencukupi....
Kesenian :
Alat tembikar utk menyimpan makanan, bijirin dan air. Alat tenunan utk menenun bulu binatang dan gentian tumbuhan. Kemahiran menganyam bakul utk menangkap ikan...
Contoh soalan berkaitan
1. Bincangkan perubahan yang berlaku dalam kehidupan manusia zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik.
2. Bincangkan peranan dan pengaruh alam sekitar dalam pembentukan cara hidup masyarakat berkebudayaan prasejarah dengan merujuk kpd contoh-contoh yang sesuai..

Alat tembikar utk menyimpan makanan, bijirin dan air. Alat tenunan utk menenun bulu binatang dan gentian tumbuhan. Kemahiran menganyam bakul utk menangkap ikan...Contoh soalan berkaitan
1. Bincangkan perubahan yang berlaku dalam kehidupan manusia zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik.
2. Bincangkan peranan dan pengaruh alam sekitar dalam pembentukan cara hidup masyarakat berkebudayaan prasejarah dengan merujuk kpd contoh-contoh yang sesuai..
Assalamualaikum & salam satu Malaysia...sedikit bingkisan Prasejarah ....
Tema 1 : Manusia dan Masyarakat
1.1 : Masyarakat Prasejarah
Maksud Prasejarah : zaman silam manusia sebelum wujudnya rekod bertulis dan dibuktikan melalui kajian terhadap artifak dan fosil manusia. Kajian ini dilakukan oleh ahli arkeologi. Sejarah mula direkodkan secara bertulis lebih kurang pada tahun 3500 S.M.
Pembahagian zaman :
a. Zaman Prasejarah Awal : 500,000 - 10,000 SM (Paleolitik Awal & Paleolitik Akhir) atau Zaman Batu Lama
b. Zaman Prasejarah Akhir : 7,000 - 3500 SM ( Neolitik ) atau Zaman Batu Baru
c. Zaman Batu Pertengahan : 10,000-7,000 SM (Mesolitik)
Spesies Manusia
a. Pithechantropus Erectus : hidup lebih kurang 500,000 tahun dahulu. Rangka manusia ditemui di Jawa (1801M)
b. Sinanthropus Pekinensis : Rangka manusia ditemui di China, 40 batu dr barat daya Peking. Antara tahun 1926-1930M.
c. Fontechevade : Rangka manusia ditemui disebuah gua d Cherente , Perancis 1947. Mempunyai rupa fizikal sprt manusia moden.
d. Homo Neanderthalensis : Rangka manusia ditemui di lembah Neander barat laut Jerman (1856M). Lebih maju dr Pithechantropus dan Sinanthropus. Boleh berdiri tegag, ada tempurung dan kepala besar.
e. Cro Magnon: Tulang ditemui di Gua Cro magnon yg terltk di Dordogne, Perancis. Mempunyai bahu lebar , boleh berdiri tegag, kaum lelaki mempunyai purata ketinggian lebih 6 kaki, mempunyai dahi, dagu dan tempurung kepala yg hampir sama dgn manusia moden.

Thursday, June 9, 2011
Wednesday, June 8, 2011
Saya penyokong Barcelona .. anak saya pun..;-)
Minat bola sepak ??...dah lama sebenarnya..dulu saya minat Brazil..sekarang saya minat Barcelona..tatap punya menyokong Barcelona walaupun sepatah haram pun saya tak faham bahasa diorang..;)) Tapi tidak apa..semasa pelawanan ualasan dalam BI. Ditambah lagi dgn kehebatan tiga wira Barca (Xavi, Iniesta dan Messi)....makin syok tengok Barca main..Kalau tak caya cuba lihat video yg saya upload..hehehe..;-)
Cuti dah nak habis....
Cuti dah nak habis...
Kertas belum habis diperiksa... alahai..
Bukan malas..tapi..sioknya cuti....
Macam mau sambung cuti..hehehe..
Tapi ..
Cuti lama pun bosan pula rasanya...
Rindu nak mengajar, jumpa pelajar..
dan..
bagi markah exam dekat pelajar.....ada yang naik dan ada yang turun...
apa pun......
cuti dah nak habis..;-)

Tuesday, June 7, 2011
Salam Satu Malaysia
Terkini dari saya ..blog untuk santapan minda pelajar pra-U.. yang lebih fokus kepada maklumat P&P subjek Sejarah dan Bahasa Melayu khususnya kertas 1......Mungkin juga sedikit catatan tuan punya blog sebagai ingin berkongsi pengalaman dan cerita sejarah harian kita....mudah-mudahan akan memberi manfaat......
Subscribe to:
Comments (Atom)