Monday, October 31, 2011

MAJLIS GRADUASI PRA-U 2011


Assalamualaikum & salam 1 Malaysia....

Majlis Gradusai buat pelajar Pra-U 2011 telah pun dilaksanakan dengan jayanya.....Memang agak memenatkan sepanjang mengurus majlis tersebut.. dan hasilnya amat menggembirakan dan membanggakan team Ting 6 SMK Majakir.. Syabas dan tahniah kpd rakan seperjuangan selaku AJK yang telah menjalankan tugas masing-masing dgn jayanya. Juga kpd bro Salleh yang tidak mengenal erti penat mengurus pelaksanaan majlis tersebut yang akhirnya dapat dilaksanakan dgn jayanya.
InsyaAllah...tahun hadapan akan dibuat lagi dengan jayanya....

MAJLIS GRADUASI PRA-U KALI KE-3 / 2011
BERINGGIS HALL
BERINGGIS BEACH RESORT
30 OKT 2011 / AHAD

Sunday, October 23, 2011

SOALAN EXCEL 1(2012) SEJARAH K1 6 BAWAH 2011

Bahagian A

1. Huraikan ciri-ciri bandar dalam kerajaan Rome sebelum abad ke-6 .
2. Organisasi sosial merupakan salah satu ciri sebuah masyarakat bertamadun. Bandingkan
sistem organisasi sosial tamadun Mesopotamia dengan tamadun Mesir.
3. Bincangkan sistem pemerintahan beraja di Alam Melayu.
4. Bincangkan pemerintahan republik yang lahir di Eropah dengan merujuk konsep negara kota,
empayar dan negara bangsa.
5. Jelaskan sumbangan Asoka dalam mencipta keagungan Empayar Maurya di India.
6. Jelaskan konsep ketahanan dan pertahanan. Bincangkan cara-cara yang digunakan kerajaan-
kerajaan tamadun awal untuk mengukuhkan ketahanan dan pertahanan.
7. Niccolo Machiavelli merupakan tokoh pemikir ketenteraan yang telah banyak menyumbang
kepada taktik dan strategi dalam ketahanan dan pertahanan di Eropah. Huraikan pernyataan
tersebut.
8. Bandingkan sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi Islam yang diamalkan di Barat.

Bahagian B

9. Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah dengan masyarakat Islam pada
zaman Nabi Muhammad SAW di Semenanjung Tanah Arab.
10. Berikan definisi ummah seperti mana yang dinyatakan dalam Piagam Madinah serta
huraikan sejarah pembentukan ummah.
11. Bincangkan institusi khalifah sebagai satu sistem pemerintahan yang disyorkan oleh Islam.
12. Huraikan etika peperangan dalam Islam dan strategi peperangan yang diamalkan oleh Nabi
Muhammad SAW dalam menghadapi peperangan...

Saturday, October 22, 2011

Excel 1 : 6 Bawah 2012

Excel 1 sudah berlalu...ramai pelajar merungut apabila melihat dan menjawab soalan Sejarah K1... Satu perkataan sj yg keluar dr mulut pelajar bila ditanya ..iaitu ' susah"....
Tidak menghairankan bila pelajar mengatakan soalan susah.....walaupun hakikatnya soalan yang dikeluarkan senang dan mudah utk dijawab. Soalan Sejarah K1 mengandung 2 soalan dr tema 1, 2 soalan dr tema 2 dan 1 soalan dr tema 3.... apa yang susah..pelajar sudahpun diajar tema berkenaan.....Pelajar hanya perlu menjwb 4 soalan sj dr 12 soalan yang dikeluarkan....
Diharap , pelajar akan lebih bersedia dan fokus semasa belajar dan sebelum peperiksaan.....
Buat nota ringkas tema yg dipilih semasa cuti panjang sebagai persediaan tahun hadapan....semoga pelajar akan dapat memperbaiki prestasi masing2 pada tahun hadapan.....buykan sj subjek sejarah tetapi juga subjek yg lain...
;-).......

Saturday, October 15, 2011

Saturday, October 8, 2011

KOLOKIUM PRA-U 2011

Alhamdulillah...Majlis Kolokium Pra-U telah pun selesai dan berjalan lancar....
Tahniah kepada yang menang...Kepada yang tidak berjaya mendapat tempat Naib Johan dan Johan jgn putus asa anda telah mencuba yang terbaik. Jadikan ianya sebagai pengalaman yang sangat berharga...pahit, manis dan indah.....

Kolokium telah berlangsung pada : 03 & 04 Okt 2011 .
Kumpulan Pembentang : 14 kumpulan (3 dalam BI dan 11 dalam BM)
Tempat : Kelas 6A2/ Bilik Gerakan dan Pusat Sumber
Perasmi : Tn Hj Abd Aziz Bin Mohammed Zain ( Pengetua Cemerlang SMKM)

Juga syabas dan tahniah kepada guru-guru pembimbing, terima kasik kepada panel penilai juga penyelaras Kolokium 2011....InsyaAllah thn hadapan kita akan berjuang lagi....

Terima kasih daun keladi..

Buat pelajar Pra-U 6 Bawah..sila bersedia dgn cdng tajuk.....selepas EXCEL 1, pembahagian kumpulan akan dibuat....