Monday, September 24, 2012

catatanku......

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia....
Hari ini seperti hari kelmarin..meneruskan aktiviti karier yang sma......cuma yang berbezanya ..hari ini pelajar menerima kertas Bahasa Melayu dan markah sekali..tahniah kepada pelajar 6 Bawah Ekonomi kerana semua lulus subjek Bahasa Melayu dengan markah tertinggi 69 , dan markah terendah 43.....Usaha perlu diteruskan. Jangan mudah berpuas hati dgn keputusan yang anda dapat. Ramai yang menganggap markah lulus 40 lbh itu memadai sudah, sedangkan pemarkahan diperingkat STPM sebenar adalah berbeza, mungkin lulus dan mungkin akan gagal.. Seperkara yang pelajar perlu berhati-hati ialah tulisan...Aduh kecilnya tulisan, hampir tdk nampak dibuatnya , dahlah saya ni rabun dekat.......Apa pun pelajar perlu memperbaiki tulisan , jangan terlalu kecil. Takut nanti akan mempengaruhi pemarkahan dalam peperiksaan sebenar. Bukan saya yang akan periksa, cikgu dr sekolah lain....
Selepas penyerahan markah pelajar dan kertas jawapan...pembetulan dibuat...diharap pelajar akan dapat memperbaiki kesilapan dan tidak mengulanginya.
Hari ini, bermula perbincangan latih tubi sejarah dan asal-usul perkembangan bahasa Melayu.....pelajar memberi fokus yang baik... harapan...pencapaian mereka akan menjadi lebih baik......itulah harapan seorang guru , bukan saja hari ini tapi selamanya....amin...;-)

Monday, September 10, 2012

Peperiksaan Percubaan STPM Baharu..2012

Selamat menempuh peperiksaan buat 6 Bawah 2012......Ini merupakan peperiksaan kali pertama untuk sistem pentaksiran baharu Tg 6. Diharap pelajar akan berusaha dgn gigih dan menjawab dengan baik subjek yang diambil. Peperiksaan percubaan 6 Bawah dibuat hanya memberi pendedahan tentang bentuk soalan dan sebagai persediaan pelajar untuk menghadapi semester pertama untuk sistem pentaksiran baharu ini.
Pelajr perlu lebih fokus supaya tidak mengahadi masalah ketika peperiksaan sem I  dijalankan nanti.