SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan
'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung
Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan
UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse
Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi
iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN
Likas.
Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada
saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo
sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang
tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.
Sebagai Mantan
Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua
Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga
Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang
mempunyai akal Abu Nuwas.
Ahmad yang mempunyai akal kancil
memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan
baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA
'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100
hektar.
Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai
rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai
dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.
Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di
Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang
menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai
Rancangan Penempatan Tanah.
Namun Ahmad yang mempunyai akal
panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu
berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau
tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang
bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan
langsat, rambutan, terap dan sebagainya.
Tambahan pula ketika
itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah
tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan
menuai buah sawit daripada FELDA.
FELDA telah banyak bertolak
ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad
Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk
menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.
Ahmad
boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000
sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun
akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba'
sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama
Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.
Dengan
ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu,
Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai
jalan penyelesaian tuntutannya.
Tetapi bak kata pepatah, Ahmad
yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan
yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan
sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui
batas.
Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari;
termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku
'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya,
Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas
tuntutan.
Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi
dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai
bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai
detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk
mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi
membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang
FELDA.
Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif
UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun
lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana
masing-masing sibuk dengan urusan.
Bagaimanapun Ahmad meminta
saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu
yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan
bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau
mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan
tanah FELDA.
Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian
kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat
kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa
dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu
serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah
dalam kes mahkamah.
Sejak daripada itu saya tidak lagi
mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net
memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya
daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak
terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.
Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa
"Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah
dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di
Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad
yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.
Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak
1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan
Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit
tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi
mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.
Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu'
yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis
Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama
anaknya Mohd Ali.
Mengikut risikan saya, koresponden
Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan
Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take
Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300
orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.
Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat
melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo,
Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke
Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan
Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.
Pasukan
Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya
Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana
mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan
dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya
'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.
Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan
bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo
mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan
Ahmad dan anaknya Mohd Ali.
Tambahan pula, Haji Musa yang
merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah
besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.
Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin
Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis
2, Hussin Oyung.
Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu
anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu
Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.
Oleh itu tidak
hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang
belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing
negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau
perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana
eksosnya dibenamkan ke dalam laut.
Dalam keadaan penuh curiga,
orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan
sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi
maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.
Saya terpaksa
menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak;
apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu
batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk,
Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu';
sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat
Bom.
Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja
'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk
mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18
setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam
kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.
Dikhuatiri
Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di
pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa
dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan
tanah beliau.
Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak
berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @
Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III
mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat
suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap
mereka dan dibawa ke muka pengadilan.
Setelah tidak mempunyai
harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan
fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan
pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak
menembak sesama mereka.
Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu
Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat;
malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan
pihak berkuasa melalui jalan buntu.
Setelah membuat
pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi
hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali
tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika
rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka
sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka
masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!
Mungkin
tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis
Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk
bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan
'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat
betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat
Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara
terpinga-pinga dan ketakutan.
Masa untuk berunding telah
tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh
'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah
diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk
secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!
Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.
(NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku
kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu
menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)
Sunday, March 3, 2013
Saturday, March 2, 2013
Tragedi Lahad Datu Feb 2013
Bagaimana Penceroboh Masuk Ke Sabah?
Inilah persoalan yg sering dimainkan pihak2 tertentu untuk menampakkan kononnya kelemahan Pihak Berkuasa negara. Sebenarnya perairan negara di Sabah, adalah jauh berbeza dengan perairan negara di Semenanjung Malaysia. Gugusan pulau2 yg beratus2 bauh yg berdekatan antara satu sama lain termasuk pulau2 yg termasuk dalam kawasan Filipina serta pantai yg luas, begitu mudah menyumbang kepada permasalahan ini.
Anda salah, kalau anda fikir 180 anggota penceroboh dari Filipina tersebut masuk merentas lautan dari Mindanao ke Sabah sekaligus? Bodoh lah mereka jika berfikir begitu kerana ia akan mudah dikesan oleh pihak pengawal perairan negara.
Untuk pengetahuan semua, setiap hari ada banyak bot2 kecil yg berulang alik dari pulau di selatan Filipina ke Sabah sama ada untuk berniaga ataupun diatas urusan harian. Dengan keadaan pantai yg luas, tak mustahil akan ada bot kecil yg bolos dari pemeriksaan pegawal perairan negara.
Kumpulan2 kecil penceroboh tersebut masuk ke Sabah dan berkumpul dalam skala besar di Lahad Datu bagi menuntut Sabah dari kerajaan Malaysia menggunakan senjata sebagai ancaman. Tiada siapa yg tahu sudah berapa lama perancangan yg dilakukan oleh mereka sehinggalah ketibaan 32 orang berpakaian celoreng di kawasan tersebut.
Ada maklumat mengatakan, sebilangan anggota kumpulan penceroboh tersebut sudah berada di Lahad Datu hampir 4 bulan dari tempoh berlakunya pertumpahan darah. Ini menunjukkan bahawa perancangan mengangkat senjata oleh kumpulan ini sudah diatur sejak awal lagi.
Setelah musuh dikenalpasti, pihak yg dipertanggung jawabkan untuk menjaga keselamatan negara mula mengambil tindakan mengepung dan menangani sebarang tindakan musuh. Ia dilakukan dengan berhati2 agar konflik diantara Malaysia dan Filipina tidak tercetus.
Didalam rutin mengawal keselamatan dalam negara sendiri pun adakalanya menyaksikan anggota keselamatan kita cedera atau terkorban, apatah lagi ketika menentang kumpulan militan bersenjata lengkap dari luar.
Oleh itu, dakwaan bahawa pihak keselamatan negara cuai dalam menjalankan tugas serta kerajaan Malaysia memandang remeh isu keselamatan sempadan langsung tak boleh diterima pakai. Ia jelas menunjukkan bahawa sesetengah pihak itu sengaja mahu mempolitikkan isu ini demi kepentingan peribadinya sendiri.
Inilah persoalan yg sering dimainkan pihak2 tertentu untuk menampakkan kononnya kelemahan Pihak Berkuasa negara. Sebenarnya perairan negara di Sabah, adalah jauh berbeza dengan perairan negara di Semenanjung Malaysia. Gugusan pulau2 yg beratus2 bauh yg berdekatan antara satu sama lain termasuk pulau2 yg termasuk dalam kawasan Filipina serta pantai yg luas, begitu mudah menyumbang kepada permasalahan ini.
Anda salah, kalau anda fikir 180 anggota penceroboh dari Filipina tersebut masuk merentas lautan dari Mindanao ke Sabah sekaligus? Bodoh lah mereka jika berfikir begitu kerana ia akan mudah dikesan oleh pihak pengawal perairan negara.
Untuk pengetahuan semua, setiap hari ada banyak bot2 kecil yg berulang alik dari pulau di selatan Filipina ke Sabah sama ada untuk berniaga ataupun diatas urusan harian. Dengan keadaan pantai yg luas, tak mustahil akan ada bot kecil yg bolos dari pemeriksaan pegawal perairan negara.
Kumpulan2 kecil penceroboh tersebut masuk ke Sabah dan berkumpul dalam skala besar di Lahad Datu bagi menuntut Sabah dari kerajaan Malaysia menggunakan senjata sebagai ancaman. Tiada siapa yg tahu sudah berapa lama perancangan yg dilakukan oleh mereka sehinggalah ketibaan 32 orang berpakaian celoreng di kawasan tersebut.
Ada maklumat mengatakan, sebilangan anggota kumpulan penceroboh tersebut sudah berada di Lahad Datu hampir 4 bulan dari tempoh berlakunya pertumpahan darah. Ini menunjukkan bahawa perancangan mengangkat senjata oleh kumpulan ini sudah diatur sejak awal lagi.
Setelah musuh dikenalpasti, pihak yg dipertanggung jawabkan untuk menjaga keselamatan negara mula mengambil tindakan mengepung dan menangani sebarang tindakan musuh. Ia dilakukan dengan berhati2 agar konflik diantara Malaysia dan Filipina tidak tercetus.
Didalam rutin mengawal keselamatan dalam negara sendiri pun adakalanya menyaksikan anggota keselamatan kita cedera atau terkorban, apatah lagi ketika menentang kumpulan militan bersenjata lengkap dari luar.
Oleh itu, dakwaan bahawa pihak keselamatan negara cuai dalam menjalankan tugas serta kerajaan Malaysia memandang remeh isu keselamatan sempadan langsung tak boleh diterima pakai. Ia jelas menunjukkan bahawa sesetengah pihak itu sengaja mahu mempolitikkan isu ini demi kepentingan peribadinya sendiri.
Subscribe to:
Comments (Atom)