Thursday, April 5, 2012

KOLEKSI SOALAN TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT ( bahagian A)

HURAIKAN KONSEP DAN FUNGSI MANUSIA DILIHAT DR PERSPEKTIF AL-QURAN.
Pengenalan
  • Latar belakang manusia menurut Barat dan al-Quran.
Isi dan Huraian
Konsep Manusia
  •  Manusia diciptakan oleh Allah SWT, begitu juga alam .Manusia diamanahkan untuk menjadi khlaifah di muka bumi iaitu sbg tuan, pemerintah dan pengguna.
  • Al-Quran menyebut tentang asal kejadian manusia dr Nabi Adam AS iaitu dr tanah  (al-tin, al-hama dan al-sal sal)
  • Allah SWT mencipta Nabi Adam pada hari Jumaat. Terdapat 4 proses mencipta Nabi Adam iaitu : 1. Allah menghimpun semua unsur utk menjadikan Nabi Adam. 2. Semua himpunan diadun utk menjd sejenis tanah iaitu al-tin. Kemudian tanah dibiarkan kering dan bertukar warna. 3. Allah mereka bentuk tanah menjadi manusia dan dikeringkan sekali lg. 4. Allah menghembuskan roh ke rangka Nabi Adam AS.
  • Hikmah Allah mencipta Adam dr tanah : spy dapat menyesuaikan diri dgn muka bumi.
  • Manusia lain (kecuali Hawa dan Nabi Isa) dijadikan dr air mani ibu bapa tetapi tetap berpunca dr tanah iaitu melalui makanan dan minuman yg berpunca dr tanah.
  • menurut beberapa ulama , bayi akan mengalami 3 alam kegelapan : 1. alam rahim, 2. alam perut 3. alam selaput yg menutupinya.
  • Ulama tafsir berpdpt pembentukan bayi dalam rahimmengalami 7 peringkat : Allah menjadikan saripati tanah (nutfah), kemudian membtkk akaqah (tulang) tulang yg dibaluti dgn daging dan akhirnya terbentuk lembaga lengkap dan ketika itu Allah meniupkan roh kepadanya.
Fungsi manusia
  • mengabdikan diri hanya kpd Allah dan menjadi khalifah di muka bumi.
  • fungsi manusia ialah mentauhidkan, menyembah, patuh dan menyerah diri kpd Allah SWT.
  • Allah menganugerahkan manusia akal fikiran spy manusia berfungsi utk memerintah dan menjaga alam ini sambil mensyukurinya.
  • manusia  disuruh membuat kebaikan dan menegah kemungkaran krn setiap pahala atau dosa akan dibalas pd hari akhirat.
  • manusia hendaklah bertakwa kpd Allah SWT . Hubungan manusia dgn Allah ditunjukkan melalui Rukun Islam dan Rukun Iman.
Kesimpulan
Kejadian manusia telah diterangkan dgn jelas dalam al-Quran, begitu juga fungsi manusia. Semua manusia bert/jwb utk mengurus , mengguna dan memelihara dan memajukan alam ini. Sesungguhnya kejayaan umat manusia hanya terletak pada agama iaiatu sejauh mana ia taatpada perintah Allah SWT.

PENGGREDAN SEJARAH K1

Setiap soalan markah maksimum yang dapat diberi ialan 25
Pembahagian gred :
GRED F : 00-09 - GAGAL
GRED E : 10-12 - LULUS
GRED D : 13-15 - KEPUJIAN RENDAH
GRED C : 16-19 - KEPUJIAN TINGGGI
GRED B : 20-22 - BAIK
GRED A : 23-25 - CEMERLANG...

Saranan kepada pelajar...agar berusaha mencapai markah Gred D dan C setiap kali diadakan ujian terancang, pepeiksaan dan percubaan. Pastikan markah anda dalam kumpulan itu untuk mencapai keputusan baik dalam peperiksaan STPM sebenar. Bagaimanakah caranya untuk mencapai markah Gred D dan C ?....1. pelajar perlu memilih 3 ATAU 4 tema yang anda rasa mudah untuk dibaca dan merupakan tema favourite . Kuasai dengan sebaiknya tema yang dipilih dan buat nota ringkas atau peta minda. 2. kuasai teknik menjawab iaitu fakta + huraian ( bukti atau contoh). 3. Isi yang diberikan dalam bilangan 5 hingga 7 mengikut skop atau kehendak soalan. dan ...4. Pendahuluan dan Kesimpulan mestilah yang sesuai dengan kehendak soalan.....

Bukan mudah untuk lulus ..hakikatnya..Untuk mendapat yang terbaik (A / A-) memerlukan KEGIGIHAN, PENGORBANAN, MOTIVASI DIRI YANG KENTAL DAN BERDOA.....

Ingattt.....paper SJ K1 adalah paper yang mudah sangat utk mendapat A/A-....apa tunggu lagi....belajar, membaca, menulis dan menghafal......



SOALAN SEJARAH K1 2011

Bahagian A
1. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan tamadun-tamadun awal muncul di sekitar lembah sungai.
2. Bincangkan kesan pembentukan negara bangsa terhadap kedudukan raja di England.
3. Bincangkan organisasi ketenteraan dalam tamadun Mesopotamia.
4. Bincangkan faktor yang membawa kepada perkembangan kapitalisme di Eropah.
5. Huraikan perkembangan institusi pendidikan formal dalam tamadun Melayu selepas kedatangan Islam.
6. Sejauh manakah Renaisans menjadi faktor kepada penjelajahan dan penerokaan kuasa Barat pada abad ke-15 dan abad ke-16 masihi.
7. Nilaikan sumbangan tamadun India dan tamadun China dalam bidang astronomi.
8. Bincangkan peranan tokoh-tokoh ilmu matematik dalam tamadun Yunani dan tamadun Islam.

Bahagian B
9. Jelaskan peranan golongan ansar dalam perkembangan Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW.
10. Huraikan kepentingan Piagam Madinah kepada keutuhanh politik pada zaman Nabi Muhammad SAW.
11. Jelaskan konsep dan jenis-jenis jihad menurut pandangan Islam.
12. Sejauh manakah peranan dasar pemerintahan kerajaan Melayu Melaka dalam memajukan kegiatan perdagangan pada abad ke-15.
13. Bincangkan aspek akidah, akhlak dan syariah yang menjadi tumpuan ajaran Nabi Muhammad SAW di Mekah dan Madinah.
14. Nilaikan sumbangan Ibnu Batutah dalam bidang penerokaan dan penjelejahan.
15. Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan antara tamadun Islam dengan zaman Jahiliah.
16. Bandingkan ciri-ciri kesenian menurut tamadun Islam dan tamadun Barat.