Pengenalan
- Latar belakang manusia menurut Barat dan al-Quran.
Konsep Manusia
- Manusia diciptakan oleh Allah SWT, begitu juga alam .Manusia diamanahkan untuk menjadi khlaifah di muka bumi iaitu sbg tuan, pemerintah dan pengguna.
- Al-Quran menyebut tentang asal kejadian manusia dr Nabi Adam AS iaitu dr tanah (al-tin, al-hama dan al-sal sal)
- Allah SWT mencipta Nabi Adam pada hari Jumaat. Terdapat 4 proses mencipta Nabi Adam iaitu : 1. Allah menghimpun semua unsur utk menjadikan Nabi Adam. 2. Semua himpunan diadun utk menjd sejenis tanah iaitu al-tin. Kemudian tanah dibiarkan kering dan bertukar warna. 3. Allah mereka bentuk tanah menjadi manusia dan dikeringkan sekali lg. 4. Allah menghembuskan roh ke rangka Nabi Adam AS.
- Hikmah Allah mencipta Adam dr tanah : spy dapat menyesuaikan diri dgn muka bumi.
- Manusia lain (kecuali Hawa dan Nabi Isa) dijadikan dr air mani ibu bapa tetapi tetap berpunca dr tanah iaitu melalui makanan dan minuman yg berpunca dr tanah.
- menurut beberapa ulama , bayi akan mengalami 3 alam kegelapan : 1. alam rahim, 2. alam perut 3. alam selaput yg menutupinya.
- Ulama tafsir berpdpt pembentukan bayi dalam rahimmengalami 7 peringkat : Allah menjadikan saripati tanah (nutfah), kemudian membtkk akaqah (tulang) tulang yg dibaluti dgn daging dan akhirnya terbentuk lembaga lengkap dan ketika itu Allah meniupkan roh kepadanya.
- mengabdikan diri hanya kpd Allah dan menjadi khalifah di muka bumi.
- fungsi manusia ialah mentauhidkan, menyembah, patuh dan menyerah diri kpd Allah SWT.
- Allah menganugerahkan manusia akal fikiran spy manusia berfungsi utk memerintah dan menjaga alam ini sambil mensyukurinya.
- manusia disuruh membuat kebaikan dan menegah kemungkaran krn setiap pahala atau dosa akan dibalas pd hari akhirat.
- manusia hendaklah bertakwa kpd Allah SWT . Hubungan manusia dgn Allah ditunjukkan melalui Rukun Islam dan Rukun Iman.
Kejadian manusia telah diterangkan dgn jelas dalam al-Quran, begitu juga fungsi manusia. Semua manusia bert/jwb utk mengurus , mengguna dan memelihara dan memajukan alam ini. Sesungguhnya kejayaan umat manusia hanya terletak pada agama iaiatu sejauh mana ia taatpada perintah Allah SWT.
No comments:
Post a Comment