Monday, October 15, 2012

sedikit titipan motivasi...

Assalamualaikum...dan ..salam 1 Malaysia....

Pejam celik , pejam celik : tidak sedar tahun 2012 hanya tinggal 2 bulan setengah saja lagi. Bermakna kita sudah menghampiri 2013.... sekejap saja. Namun untuk menyatakan selamat datang tahun 2013 , masih terlalu awal. Banyak perkara yang perlu kita lalui. Buat pelajar saya  6 Atas PP  dan 6 Bawah Eko SELAMAT MENGULANGKAJI PELAJARAN DENGAN GIGIH saya ucapkan. Apa tidaknya....tarikh exam semakin menghampiri anda... 6 Bawah akan bermula 5 Nov dan berakhir 8 Nov untuk first sem exam, manakala 6 Atas akan bermula 19 Nov yang merupakan kohot terakhir sistem terminal atau sistem lama STPM.
Takut....risau..bimbang...semua ada. Perasaan ini bukan sj dirasai oleh pelajar tetapi guru yang mengajar. Apa tidaknya , kami amat berharap 6 Atas tahun ini akan mencapai prestasi yang cemerlang...mudah-mudahan. Kami (guru-guru) yang mengajar, mendidik dan membimbing anda sentiasa mendoakan. Tetapi doa sj tidak mencukupi sekiranya tidak disusuli dengan kegigihan berusaha......usaha itu tangga kejayaan.....sampai bila-bila ungkapan ini akan kita sentiasa ucapkan, ungkapkan dan luahkan dari mulut bundar dan hampar. Ungkapan ini ada kebenarannya...ramai yang berjaya akibat berusaha dgn gigih.
Dannn.....jangan buang masa..ini pesanan yang amat berharga. Isi masa terluang walau seminit dengan meninjau, mengingat dan membincangkan apa yang telah anda baca.... Masa itu Emas dan Emas itu amat Berharga.. Betul sangatlah....masa itu sangat berharga kerana kita tidak akan berundur ke belakang tetapi terus memandang jauh ke hadapan. Masa hadapan itu destinasi kita, tetapi masa yang telah kita tinggalkan jadikan satu ikhtibar atau pengajaran dalam meneruskan kehidupan.......

Biar berat bahu memikul, kita hadapi dengan tenang. Jangan stress, bawa bertenang dan banyakkan berdoa....


 

Jom dengarkan lagu ini...;-)
....Rapuuuhhh.................................;-)



No comments:

Post a Comment